Selasa, 10 September 2019

Puisi Kehidupan

                         Puisi Kehidupan 



Terkadang...

Kita ni hanya seperti sebuah kapal ,

Yang terbang pada waktu malam...

Yang Terbang melintasi berjuta bintang di langit...

Terlihat indah cahayanya ,

yang bergerak dengan cepat...

Tetapi hanya untuk sekelip mata...

Dan Ketika ia sudah hilang dari pandangan ,

Mata manusia hanya tertumpu pada

cahaya jutaan bintang...

Dan hanya bintang-bintang itu lah , 

Yang akan terus di kenang...

Hanya keindahan bintang itu lah ,

Yang sering bermain di fikiran mereka...

Mungkin mereka lupa ,

Atau...

Mungkin mereka tidak sedar...

Bahawa...

Kapal yang mereka lihat pada malam 

itu juga berhasil memukau mereka ,

Dan berhasil membuat mereka 

kagum...

Walau hanya untuk seketika...

                   ðŸ‘‰ YOBBOY ( KeyWarKam )

Isnin, 9 September 2019

Cinta Anak Kampung ( part 2 )

"Cinta Anak Kampung"
           (Part 2)
Penulis : KeyWarKam



     Setelah beberapa bulan tinggal di asrama , akhirnya cuti hujung tahun pun telah tiba...

     "Bah , siapa yang ambil kita sini asrama ?" Tanya suzy , semua kawan-kawan sekampung terus menengok sama dia...

     "Ada juga tu , sudah saya call bapa saya semalam...saya bagitahu yang hari ni kita balik kampung dan mula cuti..." Jawab roky...

     "Jadi apa lah bapa kau cakap ?" Santi pula menyampuk percakapan diorang...

     "Dia cakap , dia yang ambil kita..." jawab roky...semua kawan-kawannya fokus mendengar dia bercakap...

     " tapi jalan kaki lah , sebab kami tiada kereta...ada pun kereta sorong saja...hahhahaha" sambung roky tidak lama kemudian dengan nada bergurau...

     Kawan-kawan sekampungnya yang tadi hanya diam dan fokus mendengar dia bercakap tiba-tiba ketawa...

     Setelah beberapa jam duduk di pondok pelawat , kereta pairit dari kampung yang mengambil diorang di asrama pun sampai...

     "Jadi apa lah kita mahu buat petang ni ?" Tiba-tiba Niko yang tadinya hanya berdiam diri tiba-tiba bersuara setelah diorang naik di kereta...

     "Ntah lah...mungkin saya ni mau main bola , kalau tidak malas lah...kalau malas , bah...rehat saja lah"...jawab bobby...

     Suasana terus sunyi... sementara kereta yang diorang naiki terus berjalan menuju ke kampung halaman diorang...

     Diorang masing-masing sibuk buat hal sendiri sementara menunggu sampai di kampung...ada yang baca novel , ada yang main handphone , dan ada yang tidur...

     Setelah hampir 2 jam duduk dalam kereta , akhirnya diorang pun sampai di kampung halaman...lepas bayr tambang , diorang pun balik ke rumah masing-masing...

Bersambung...

~KeyWarKam

Cinta anak kampung ( part 1 )

"Cinta Anak Kampung"
         ( part 1 )
Penulis : KeyWarKam


     "bah cuti nanti apa lah aktiviti kita mau buat ?"...tanya Bobby kepada kawan-kawan sekampung...

      Senyap seketika...Diorang semua masing-masing berfikir apa plan semasa cuti Hujung tahun ni...

      "Maksud kau , aktiviti Gereja kah atau aktiviti luar Gereja ?"...tanya santi memecah suasana sunyi...

      "aktiviti apa saja , asalkan ada pengisian cuti hujung tahun kita."...jawab bobby kepada santi...

       "Ada juga bah tu aktiviti kalau hujung tahun , musim sibuk tu...jarang-jarang lah tiada aktiviti , terutama acara-acara berkaitan Krismas lah..."...kata santi lagi...

      "iya , betul juga lah...memang sibuk kalau hujung tahun..."...jawab bobby...

       Niko , Ann , suzy , dan roky hanya mendengar Bobby dan santi bercakap...diorang tiada idea apa mau di cakap....

      Suasana kembali senyap...hanya bunyi kenderaan dan suara pelajar-pelajar lain yang kedengaran...

      "bah , kamu masih stay sini ? Saya dulu balik asrama ahh ?"...tiba-tiba Niko bersuara...

      "kami pun mau balik sudah ni , bah jom lah balik sama-sama..."...jawab santi...

      Diorang pun sama-sama balik ke asrama...

...Bersambung...

~KeyWarKam

Ahad, 10 Februari 2019

perbezaan antara sabar dan tabah

hallo gais...

kembali lagi bersama aku dalam Blog Babang Oboy .

     dalam artikel kali ini , aku akan membahas serba sedikit tentang perbezaan antara SABAR dan TABAH.

     Mungkin bagi sesetengah , atau sebahagian besar orang berpendapat bahawa SABAR dan TABAH itu adalah dua hal yang memiliki maksud yang sama...

     Tapi menurut ku , kedua hal ( SABAR & TABAH ) itu mempunyai maksud yang berbeza , dan itu adalah pendapat ku...jika kamu tidak bersetuju , itu adalah pendapat kamu...aku tidak memaksa kamu untuk bersetuju dengan pendapat ku , kerana setiap orang memiliki idea dan pendapat yang berbeza...

     Pada pendapat ku , SABAR itu lebih kepada kemampuan kita untuk mengawal emosi , sementara TABAH pula lebih kepada kemampuan kita untuk bertahan dalam suatu keadaan terburuk...

     sebagai contoh , ketika kita bertengkar dengan ahli keluarga , maka yang kita harus lakukan adalah SABAR , agar kita tidak melakukan sesuatu tindakan yang bodoh kerana pertengkaran tersebut...
Manakala sekiranya kita dipulaukan oleh ahli keluarga kita kerana pertengkaran tersebut , maka yang harus kita lakukan adalah TABAH supaya kita terus kuat dan tidak berputus asa dalam menghadapi situasi tersebut...

     sekian saja artikel kali ini...semoga bermanfaat , dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca...silakan share ke teman-teman kamu sekiranya kamu rasa bahawa artikel / blog yang aku tulis ini bermanfaat...

sila kunjungi halaman facebook aku di sini.

tq...

Perkenalan diri

hai gais...perkenalkan nama aku oboy , aku berumur 22 tahun (2019) ...aku berasal dari kampung layung maliau daerah pitas , Sabah , Malaysia...

aku adalah seorang blogger dan juga vlogger pemula...
kamu boleh mengunjungi channel youtube aku
melalui link di bawah


Klik di sini untuk menuju ke channel youtube aku

dalam blog dan vlog aku , aku akan mengongsikan pengalaman-pengalaman dan pengetahuan aku kepada kamu semua...

selain menulis blog , aku juga akan membuat video blog yang akan aku siarkan di channel youtube aku .
aku juga adalah seorang fotografer pemula , dan mungkin aku akan mengongsikan gambar-gambar yang aku ambil ke dalam blog ini...
selain itu , aku juga akan cuba untuk menulis cerpen dan lain-lain...

dan aku harap kamu dapat mendorong/menyokong aku dengan cara yang sangat mudah iaitu mengongsikan blog-blog yang aku tulis ke media-media sosial yang kamu ada seperti facebook , instagram , whatsappp dan lain-lain...

kamu juga boleh melihat siaran-siaran aku di halaman facebook aku...

terima kasih...