hallo gais...
kembali lagi bersama aku dalam Blog Babang Oboy .
dalam artikel kali ini , aku akan membahas serba sedikit tentang perbezaan antara SABAR dan TABAH.
Mungkin bagi sesetengah , atau sebahagian besar orang berpendapat bahawa SABAR dan TABAH itu adalah dua hal yang memiliki maksud yang sama...
Tapi menurut ku , kedua hal ( SABAR & TABAH ) itu mempunyai maksud yang berbeza , dan itu adalah pendapat ku...jika kamu tidak bersetuju , itu adalah pendapat kamu...aku tidak memaksa kamu untuk bersetuju dengan pendapat ku , kerana setiap orang memiliki idea dan pendapat yang berbeza...
Pada pendapat ku , SABAR itu lebih kepada kemampuan kita untuk mengawal emosi , sementara TABAH pula lebih kepada kemampuan kita untuk bertahan dalam suatu keadaan terburuk...
sebagai contoh , ketika kita bertengkar dengan ahli keluarga , maka yang kita harus lakukan adalah SABAR , agar kita tidak melakukan sesuatu tindakan yang bodoh kerana pertengkaran tersebut...
Manakala sekiranya kita dipulaukan oleh ahli keluarga kita kerana pertengkaran tersebut , maka yang harus kita lakukan adalah TABAH supaya kita terus kuat dan tidak berputus asa dalam menghadapi situasi tersebut...
sekian saja artikel kali ini...semoga bermanfaat , dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca...silakan share ke teman-teman kamu sekiranya kamu rasa bahawa artikel / blog yang aku tulis ini bermanfaat...
sila kunjungi halaman facebook aku di sini.
tq...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan