Ahad, 10 Februari 2019

perbezaan antara sabar dan tabah

hallo gais...

kembali lagi bersama aku dalam Blog Babang Oboy .

     dalam artikel kali ini , aku akan membahas serba sedikit tentang perbezaan antara SABAR dan TABAH.

     Mungkin bagi sesetengah , atau sebahagian besar orang berpendapat bahawa SABAR dan TABAH itu adalah dua hal yang memiliki maksud yang sama...

     Tapi menurut ku , kedua hal ( SABAR & TABAH ) itu mempunyai maksud yang berbeza , dan itu adalah pendapat ku...jika kamu tidak bersetuju , itu adalah pendapat kamu...aku tidak memaksa kamu untuk bersetuju dengan pendapat ku , kerana setiap orang memiliki idea dan pendapat yang berbeza...

     Pada pendapat ku , SABAR itu lebih kepada kemampuan kita untuk mengawal emosi , sementara TABAH pula lebih kepada kemampuan kita untuk bertahan dalam suatu keadaan terburuk...

     sebagai contoh , ketika kita bertengkar dengan ahli keluarga , maka yang kita harus lakukan adalah SABAR , agar kita tidak melakukan sesuatu tindakan yang bodoh kerana pertengkaran tersebut...
Manakala sekiranya kita dipulaukan oleh ahli keluarga kita kerana pertengkaran tersebut , maka yang harus kita lakukan adalah TABAH supaya kita terus kuat dan tidak berputus asa dalam menghadapi situasi tersebut...

     sekian saja artikel kali ini...semoga bermanfaat , dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca...silakan share ke teman-teman kamu sekiranya kamu rasa bahawa artikel / blog yang aku tulis ini bermanfaat...

sila kunjungi halaman facebook aku di sini.

tq...

Perkenalan diri

hai gais...perkenalkan nama aku oboy , aku berumur 22 tahun (2019) ...aku berasal dari kampung layung maliau daerah pitas , Sabah , Malaysia...

aku adalah seorang blogger dan juga vlogger pemula...
kamu boleh mengunjungi channel youtube aku
melalui link di bawah


Klik di sini untuk menuju ke channel youtube aku

dalam blog dan vlog aku , aku akan mengongsikan pengalaman-pengalaman dan pengetahuan aku kepada kamu semua...

selain menulis blog , aku juga akan membuat video blog yang akan aku siarkan di channel youtube aku .
aku juga adalah seorang fotografer pemula , dan mungkin aku akan mengongsikan gambar-gambar yang aku ambil ke dalam blog ini...
selain itu , aku juga akan cuba untuk menulis cerpen dan lain-lain...

dan aku harap kamu dapat mendorong/menyokong aku dengan cara yang sangat mudah iaitu mengongsikan blog-blog yang aku tulis ke media-media sosial yang kamu ada seperti facebook , instagram , whatsappp dan lain-lain...

kamu juga boleh melihat siaran-siaran aku di halaman facebook aku...

terima kasih...